Tuesday, December 13, 2016

AWAKLAH DALANGNYA

Terpanggil untuk menulis secara ringkas serba sedikit, tentang karangan di Page Taipingmali beberapa hari sudah. Ianya berhubung kait mengenai cerita Pergerakkan Puteri UMNO Malaysia. Penulisan yang cukup baik dan cantik ulasanya walaupun hakikat yang sebenar bukannya persoalan yang bermain di benak semua ahli Puteri UMNO, segelintir mungkin boleh diterima akal. Permainan yang licik mengundang kepada perpecahan dan kebencian.

Pembaca dikalangan media sosial, dilkalangan bukan puteri mahupun kawan sahabat puteri ada yang angguk-angguk bila baca, ada yang geleng-geleng baca, tak kurang jugak yang senyum sinis tanpa sebarang reaksi. Anda sendiri yang baca, anda sendiri yang tafsir, anda sendiri yang tahu sejauh mana kebenaran dan kesahihannya.

Keterangan yang berbaur provikasi, walaupun ianya merupakan pertanyaan atau sebuah kesangsian. Ada baiknya memberi cadangan bagi penambahbaikan sekiranya nak bantu untuk lebih memajukan. Ada banyak cara kalau nak tegur atau nak tunjuk ketakpuasan bagi pihak lain secara sedar ataupun tidak. Bila dimuat naik di muka buku seorang penulis media yang cukup dikenali dikalangan pembacanya, bukannya dikalangan Puteri UMNO, maka debat-debat petikaian sahut menyahut memang dah diduga.

Yang tidak akan diada-adakan.
Yang kabur dijelaskan tanpa ditentukan kesahihannya.
Yang dingin akan terus dipanaskan.
Yang senyap dimarakkan amarahnya.
Yang silu tanpil tanpa segan lagi.
Yang tak tahu beria-ria katanya tahu.
Yang tak kisah pantas berlari nak dengar katanya.

Apa yang eloknya..
Apa yang wajarnya...
Puteri UMNO tak dididik begitu oleh pemimpinnya

Tak lama lagi nak PRU, politik pun tak stabil secara dalamannya, isu sana sini dah macam rojak pun ada. Petik orang tu, petik orang ni, sampai keluarga PUTERI pun ramai yang tak senang duduk dibuatnya. Lepas sorang-sorang, lepas sorang-sorang, sampaikan kesibukan orang yang buat macam-macam aktiviti pun dah lain definisinya.

Pertikai kebolehan, keistimewaan yang Allah pinjamkan, dengan memberi rumusan yang negetif yang diluar kotak fikiran pembaca yang cuma tahu baca dan percaya tanpa memperhalusi akan asbab dan musababnya.

Secara keseluruhan, secara umum, rasanya sebelum buat sebarang bentuk ulasan yang berbentuk negetif, adalah elok dapatkan orangnya, tanya sebetulnya tanpa sebarang Alasan. Dalam pada itu mungkin ramai jugak yang lupa dengan perkataan REZEKI. Apa kata kita masing-masing percaya kepada rezeki masing-masing dan itulah aturanNya yang terbaik.

Sudah sudah lah wahai sahabat, adik2, kakak2... jangan pecah  belahkan sesama sendiri, nanti keistimewaan kamu ditarik Ilahi baru jam tu kamu kan mengerti....