Saturday, October 22, 2016

BILA RISAU

Selalu terdetik dalam diri ini
Adakala risau
Adakala bimbang
Sukar nak diungkap dengan perkataan
Tetapi sering dilafaz dalam diam
Berlalu sepoi-sepoi bahasa
Tanpa irama nan berlagu
Nak sekali diungkap
Tiada lagi daya dan upaya
Cerita kini dah tak sama macam dulu
Jalan yang dilalui sepertinya perlu diperbaiki
Tujuannya bukan lagi dari hati nan suci
Demi maruah yang bakal diwarisi
Tanah itu seperti langsung tiada erti
Kegilaan hanya kepada nilai yang tak pasti
Semakin digoncang makin jelas kelihatan
Namun cuba dinafikan

Risau bertandang lagi
Soalan muncul sukar nak difahami
Kerana jawaban adalah segala penyudah
Sampai bila pun tak tahu
Bulan yang menerangi adalah saksi
Matahari yang menyinar turut berperi
Gambaran demi gambaran
Telahan demi telahan
Sampai bila harus begini
Seperti hidup dalam kepura-puraan
Menafikan segala kebenaran
Lakaran sini bukan lagi jelmaan
Ianya wujud dengan kesahihan yang benar
Jujur tak lagi dalan senarai pencarian
Ianya sekadar memenuhi sudut-sudut ruang
Pembelajaran sukar untuk difahami
Kesinambungan yang belum ada penghujungnya

Risau sungguh jiwa ini
Kenangkan maruah yang mudah dibeli
Kekosongan yang berpaut pada hati
Bermunajat agar bisa dilontar ketepi
Risau memujuk kembali
Berlari mencari keyakinan diri
Diselongkar tanpa belas mahupun budi
Melonjatlah panahan asmara
Sambil membujuk untuk kembali
Sang pejuang segak berdiri
Melempar jauh mencari yang hakiki
Senjatanya dah lama menyepi
Pertaruhannya tak mungki bisa diulangi

Risau kan lenyap tak lama lagi
Bila cendekiawan rebah ke bumi
Tiada lagi soalan tanpa jawaban
Tiada lagi ragu-ragu untuk pembelaan
Ianya sebuah pertaruhan
Demi waktu yang pantas berlalu

Owhhh... benar-benar risau