Friday, July 20, 2012

Cukup lah Dapat Sepasang pun,,,,boleh pakai pagi raya nanti

Dah nak puasa, tak lama lagi nak raya. Semua orang sibuk buat persiapan nak raya. Anak-anak kat rumah kebajikan tak kan tak nak beraya. Kanak-kanak lah yang paling seronok bila menjelang hari raya.

Oleh itu tak banyak yang di minta. Cukuplah seorang dari anda di luar sana dapat menyumbang sepasang baju baru untuk anak-anak ini pakai di hari raya. Tak perlu yang harga beratus atau beribu ringgit. Cukup yang boleh buat mereka gembira di pagi raya bila mengenakan baju baru.

Pada yang bermurah hati, tiada paksaan, bukan nak suruh bagi. Bolehlah hantarkan ke alamat berikut,

Pusat Operasi,
No.12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Estimate size untuk anak2 rumah kebajikan sila rujuk laman web http://sehelaibaju.com/

Semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat, Insya'allah


angrybird's BlackBerry®