Tuesday, February 16, 2016

SIAPA BILANG

Cerita hari ini agak lusuh berbanding yang dulu
Banyak yang dah berubah
Sambil duduk termenung memikirkan perihal sudah
Membilang yang mana dah berlalu
Cuba nak pintal sebaiknya
Untuk simpanan dalam kota memori
Banyak benar bedanya
Langkah yang dulunya begitu tegap dan tangkas
Kini dah pincang dek kerana laluan dan rintangan
Bukan semua yang dihajat boleh ndak dapat
Ada ketika dan waktu
Cuma boleh lihat ianya berlaku
Daya dan upaya mengatasi segalanya
Banyak keajaiban angkara makhluk dunia
Bersifat sementara pinjaman Yang Maha Esa
Tanpa sedar dan tak hiraukan akibat perbuatannya
Simpati yang hanya mampu melihat
Semuanya seolah dirantai dari terus meronta
Bimbang terucap walau hanya sepatah kata
Kejam yang tak sedar menular dimerata
Hanya Allah yang bisa menukarkannya
Simpang dan laluan tak lagi bertanda
Menjerat sesiapa sahaja yang jadi mangsa
Besar sungguh bila Allah menduga
DiberiNya segala yang dipinta
Bagi menguji sejauh mana amanah kepadaNya
Sampai masa ditarikNya semula
Mengikut perjamjian termetri olehNya