Friday, January 1, 2016

TERIMA KASIH AWAK


Syukur Alhamdulillah.... Dah masuk tahun 2016. Umur pun makin bertambah. Perancangan yang tahun sudah-sudah bukan lah semuanya dah tertunai. Masih ada lagi serpihan-serpihan acara yang belum sempat nak buat pun.

Sepanjang 2015, banyak sungguh ranjau yang berliku. Pada awalnya dia fikirkan perjalannya lancar je. Tak kan ada dah liku-liku yang bengkok-bengkok tu. Apakan daya Allah lebih tahu apa yang harus dia lalui. DiberiNya dugaan dan ujian. Didatangkannya musibah dan cubaan. Bukan nak buat dia susah. Bukan nak jatuhkan emosinya, tetapi apa yang dah Allah bagi tu, itulah tahap kekuatan dia yang Allah datangkan.

Belajar cara berkawan, belajar cara berkasih sayang, belajar cara hormat menghormati, belajar cara memberi bantuan, belajar untuk memudahkan orang. Allah beri nikmat. Allah beri kelebihan bukan untuk diri sendiri. Tapi bantu mana yang perlu. Ajar mana yang tak tahu. Subhanallah....... Kenapa dia yang Kau berikan. Sesekali terasa berat memikul amanahMu ya Allah.

Diduga dengan hubungan sesama manusia. Sesungguhnya dia begitu lemah dalam dugaan dan ujianMu Ya Rahman. Bukan dia tak tahu cerita- cerita, pesanan-pesanan yang diterimanya adalah rekaan semata-mata. Untuk memisahkan, untuk menjauhkan, untuk memecah belahkan hubungan silaturrahim yang dah Kau berikan. Tapi apakan daya, kelu lidah untuk berkata. Ya Rahman, Ya Rahim, itulah kelemahan dan tak upaya untuk dia buat.

Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan.... tak pernah dia duga, bilamana Kau datangkan kat dia sebaik baik manusia hanya untuk memusnahkan. Memberi mudarat dalam sebuah perhubungan. Manakan bisa umum percaya jika dia ceritakan. Manakan bisa umum dengar jika dia katakan. Tetapi, begitulah hakikatnya. Dalam diam manusia yang Kau datangkan itu memutuskan tali-tali hubungan dia dengan mereka di sekeliling yang selama ini dia cukup kenal, dia cukup mesra, dia cukup ramah.... Allahuakbar Ya Rahman.

Hebat sungguh dugaanMu Ya Rahim. Tak banyak Kau sentuh. Hanya jiwanya yang rapuh. Sungguh rapuh,,,,, kerana dia jarang datang padaMu, dia sering abaikan Kamu, dia tak sepenuhnya mengasihi Kamu.

Ya Rahman Ya Rahim.... Beri dia kekuatan HidayahMu, beri dia PetunjukMu. Moga perjalanan dia untuk hari esok Kau permudahkan.

Insya Allah

#######################


Dalam tak sedar kamu datang
Datang dengan harapan
Datang dengan peluang
Untuk isi kabinet kekosongan
Masih ada ruang untuk curahkan
Kasih dan sayang dengan kejujuran
Kamu kaburi dengan semangat
Kamu kaburi dengan cemburu
Kamu kaburi dengan kesetiaan
Lantas kamu lukai
Langsung kamu ratah semahunya
Kamu dah tak fikir perasaan kami
Kamu dah tak kisah pedihnya luka
Kamu dah tak hiraukan semua
Asal apa yang kamu dapat
Asal apa yang kamu ndak
Asal apa yang kamu hajat
Kamu sampaikan berita palsu
Kamu berikan harapan yang punah
Rupanya begitulah permainan kamu
Selama kamu bersama mereka
Kamu disanjung
Kamu dijunjung
Kamu disebut
Kamu dijulang
Segala kebaikan mengaburi mata
Alhamdulillah....
Allah itu Maha SegalaNya
Sekali Dia tutup aib kita
Selamatlah untuk seketika
Bilamana dibukaknya aib kita
Masya Allah....
Moga Allah tutup aib kamu sebaiknya