Wednesday, March 30, 2016

PERJALANAN KAMU

Ada yang bilang, kamu ni menyusahkan
Sebilangannya lihat, kamu mempermudahkan

Ada yang bilang, kamu ni merosakkan
Sebilangannya bilang, kamu memperbaiki

Ada yang bilang, kamu ni jelek
Sebilangannya menerima baik kamu seadanya

Ada yang bilang, kamu ni angkara menjatuhkan, dalang bila sengketa
Sebilangannya membaca sebaliknya

Ada yang bilang, kamu ni gila jawatan
Mana yang faham, itu bukan kamu punya matlamat kehidupan

Ada yang bilang, kamu tak boleh dipercayai
Sebahagian mereka, datang pada kamu kerana yakin kamu punya seribu satu resolusi

Ada yang bilang, kamu ni macam-macam
Mereka bilang apa yang mereka lihat
Mereka baca apa yang mereka lalui
Mereka tafsir sebelum mengenali
Mereka hukum sebelum mengadili

Itu lah sebahagian kehidupan yang dilalui
Bersama mereka yang kamu kenal
Tak kurang yang kamu fahami
Manisnya ada hanya sekadar dibibir
Hatinya belum jelas bacaannya

Sebilangannya kini baru kamu tahu
Datang pada kamu untuk memudahkan
Datang pada kamu untuk porak perandakan
Datang pada kamu untuk ambil kesempatan
Datang pada kamu untuk membataskan pergerakkan

Namun begitu, sebagai mana tekad kamu
Menerima tali Silaturrahim amanah Dia sebaiknya
Tak kan sekali kamu memutuskannya, melainkan ianya diputuskan
Tak kan sekali kamu rosakkan, melainkan ia disengajakan

Kepada Yang Maha Esa
Kepada Yang Maha Kuasa
Moga Engkau jarakkan mereka yang memudaratkan diri
Moga Engkau jauhkan segala yang sulit