Monday, June 22, 2015

NOTA HARI LAHIRMU... 23 JUN

23 Jun....
Selamat hari lahir sayang
Selamat ulang tahun kelahiran
Semoga dirimu bahagia disamping orang yang kamu sayang
Semoga dirimu sentiasa beroleh nikmat kasih sayang yang berpanjangan


Syukur Alhamdulillah, Allah pertemukan kita dalam sebuah perhubungan yang penuh bermakna. Mungkin kerana merasakan diri ini serba kekurangan, bila hadirnya kamu, seperti mengisi kekuranganku sayang


Selamat Hari lahir Sayang....
Peradaban hidup didunia yang penuh pancaroba. Tak semua yang senang dengan hubungan kita. Tak kurang juga yang membuat pelbagai tanggapan yang berbeza. Pada fikiranku, mereka mungkin mengenalimu, tapi tak kenal diri ini. Begitu jugak lah sebaliknya, mereka hanya mengenaliku, tapi tidak sejujurnya kenal kamu. Sering kali membuat andaian yang berbeda-beda.


Selamat Hari Lahir Sayang....
Jaga kesihatanmu sayang, kerana itulah bukti kasih sayang kamu kepada mereka yang kamu sayang. Mereka senang lihat kamu gembira, sihat dan bahagia. Tapi duka kamu akan buat mereka bimbang, akan buat mereka tak keruan sayang.


Selamat Hari Lahir Sayang....
Sepanjang perkenalan kita, aku sedar siapa diri ini sayang. Kesempurnaan mereka yang kau kenali sebelum aku, amat beda sekali. Aku sering amat buat kamu gusar. Ada ketika buat kamu nitiskan air mata. Tak kurang juga buat kamu marah. Banyak sekali kelemehmahan diri ini andai nak ku senaraikan sayang.


Selamat Hari Lahir Sayang....
Dalam hubungan kita ini, ada yang aku ngerti dan ada yang belum yang mana ku pikir Allah jua yang lebih memahami segalanya. Aku tidak akan ditemukan dengan kamu Sayang, andai tiada keizinan dariNya. Dia temukan kita bukan hanya untu aku kenal kamu atau sebaliknya. Dia punya rencana cukup istimewa sekali untuk kita sayang.


Selamat Hari Lahir Sayang....
Hadirku disisimu, tiada maksud untuk memburukkan keadaan, apa lagi kamu punya hubungan dengan mereka yang sering bersamamu. Senang sekali bila aku dengar tentang kebahagian kamu dengan mereka. Mungkin untuk kamu beda, tapi setiap senyuman yang kamu beri, itulah bahagiaku dalam perhubungan. Sentiasa aku titipkan doa buat kamu dan sahabatmu sayang. Mana mungkin aku menfikan hak pada dirimu untuk mereka yang kamu sayang setelah sekian lama sebelum aku.


Selamat Hari Lahir Sayang....
Andai nyawa ini perlu menjadi galang gantinya, aku mohon pada Yang Maha Kuasa untuk tunaikannya. Kerana amat sukar untuk aku bohongi diri dari menyayangi insan sepertimu.


Selamat Hari Lahir Sayang.....
Dulu aku pernah katakan, kamu dah curi hatiku. Kamu berjaya tempatkan dirimu disudut qalbuku. Walaupun kamu bukan yang pertama, dan mungkin juga bukan yang terakhir, tapi untuk aku  tempatkan dirimu dalam Roh dan jiwaku bukan sesuatu yang mudah sayang. Ianya memerlukan keyakinan, kekuatan dan keikhlasan yang benar-benar menguji diri ini. Kamu punya ramai disisimu yang terlalu mengambil berat tentang kamu.


Selamat Hari Lahir Sayang....
Moga kamu diberikan kesihatan walafiat, kegembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. DijauhkanNya dari segala kesulitan. Dipermudahkan segala apa jua urusan.


Terima kasih Sayang.... 
Untuk hari yang begitu bermakna, walaupun ianya cuma seketika cuma, sempat untuk iftar bersama, walaupun tak kesampaian bersahur bersama.


Moga Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Allah limpahkan kamu nikmat kesihatan walafiat, kebahagian yang berpanjangan dan permudahkan segala rencana dan urusan. 


Ya Allah,
Panjangkanlah umur nya,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangi hatinya dengan Nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, Jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
Tunaikan lah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. serta jadikanlah dia anak yg patuh dan sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapa dan keluarga
Insyallah....


#MyJantunHati #MyHeartBeat #MyLove #MyCry #MySoul #MyMajuk #MySmile #MyDegil

Love u Sayang