Tuesday, June 9, 2015

TAK DER PERASAAN, KATA KAMU....

Dah lama mata ini tak mengalirkan airmata. Kata ibu, aku ni anak yang degil. Mana mudah nak menangis. Apa lagi untuk nak bersedih. Mulanya aku senyum saja. Aku anak sulungnya. Sembilan bulan aku dalam perutnya. Serba sedikit, dia boleh baca kotak fikiran anaknya ini. 

Bila bersama teman2, aku jarang dilihat bersedih. Aku tak diasuh untuk hidup dengan perasaan sedih. Kesedihan boleh mudaratkan keadaan. Benarlah seperti yang kamu katakan. Aku ni dilihat seolah-olah tak ada perasaan.

Bukan aku tak fikir, bukan aku tak ambik tahu segalanya. Aku sedar, aku perasan, aku maklum bilamana kamu sedih, kamu merajuk dan sebagainya. Tapi aku tak nak dengan segala kekurangan diri, akan buat keadaan kamu lebih tak keruan. Bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

Berhadapan dengan situasi yang membuat kamu sedih sangat membimbangkan diri ini. Aku buntu untuk menanganinya. Aku tak dapat nak fikirkan cara untuk mengatasinya. Memujuk bukan kepakaranku. Aku ini serba kekurangan Sayang.

Pesan orang tuaku, pesan mereka yang pernah beri ilmu padaku, hargai sebuah perhubungan. Tak kira bagai mana hubungan sekali pun, kerana ianya anugerah terindah dari Yang Maha Kuasa. Kerana itu aku berterima kasih kerana Allah datangkan kamu dalam perjalanan hidupku. 

Seringkali kamu gambarkan kamu ini seorang yang pelik, suka merajuk, sangat cemburu orangnya. Pada aku pulak kamu ini cukup istimewa. Aku tak pernah rasakan perhatian sebagaimana yang kamu buat. Keistimewaan kamu buat aku sering nak dengar suara manja kamu bila bercerita. Keistimewaan kamu adalah anugerah yang tak pernah aku sangka dalam perjalanan hidup ini.

Memandangkan aku ini suka save sesuatu yang bersifat positif, jadi tak perlulah aku huraikan yang sebaliknya, cukup aku gambarkan pada dunia bertapa istimewanya kamu dalam hidup aku.

Tapi..... Semenjak dua ni, aku mudah tersentuh bila kamu katakan aku ni tak berperasaan. Mungkin kamu tak perasan, dari perasaanlah aku mula sayang pada kamu, dari perasaanlah aku mula rindu pada kamu. Tetapi, mungkin aku tak bijak menangani perasaan ini kerana yang aku hanya fikirkan kegembiraan mereka yang aku kenal.

Sayang....  Allah datangkan kamu dalam hidupku, Syukur Alhamdulillah. Akan aku jaga sebaiknya amanah teresebut. Tapi.... Untuk aku merosakkan, memusnahkan, membiarkan, memutuskan hubungan yang dah sedia terjalin, aku buntu. Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku ketandusan idea, jalan cara Sayang.

Terima kasih Sayang.... Banyak yang aku pelajari, tapi tolong jangan keruhkan hubungan ini. Biarkan ianya berlalu tanpa suara, tanpa irama, tanpa alunannya, tapi jangan kamu pinta yg tak terdaya untuk aku lakukan... Lupakan kamu selamanya.