Saturday, May 5, 2012

Sejam Bersama Penerima S.E.A Write Award 2011

Pelbagai program sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, dari. 27April - 6Mei 2012 di PWTC. Antara yang sempat aku singgah ialah Sejam Bersama Penerima S.E.A Write Award 2011, Tuan Syed Mohd Zakir Syed Othman.

Salam sejam yang sekejap tu, di manfaatkan dengan tayangan video, deklamasi sajak oleh pelakon/pelawak terkenal Saudara Sabri Yunus dan juga persembahan puisi oleh Saidari Rabeca. Dalam kesempatan ini juga di selitkan nyanyian lagu puisi bertajuk Impian Anak Jalanan oleh Saudara Johan pemenang sayembara selama tiga tahun berturut-turut.

Ramai yang tak lepas peluang untuk acara yang singkat ini untuk mengetahui siapakan sebenar penulis yang selama ini di kenali sebagai S.M Zakir di sampaing mendapatkan koleksi beliau.

Antara koleksi-koleksi beliau yang menjadi tumpuan pembaca di pesta buku hari ini ialah Serigala dan Sekuntum Tulip, Di Bawah Lembayung dan Menyirat Nirmala.

angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment