Dah lah berdemo, tuduh pulak pihak polis cuba menghalang dan berkasar dengan mereka yang berhimpun. Tujuan Bersih sebenarnya nak pertahankan beberapa perkara yang mereka bangkitkan kerana tidak puas hati dengan sistem pilihan raya. Dah tu apa kena mengena pulak dengan tempat yang nak berhimpun ?
Apa kalau berhimpun kat stadium negara suara permintaan mereka tu tak sampai ke ? Mereka lupa dah ke yang sekarang ni zaman teknologi canggih. Kalau dalam jamban pun suara boleh didengar, inikan pulak di Stadium Negara. Dah tentu pihak media berlumba-lumba nak cetak keluarkan cerita hangat tu.
Tak payah nak tunjuk perangai macam orang tak siuman. Sekarang ramai orang giler terlepas yang jadi buruan. Dalam pada tu yang masih dok sokong kuat dengan cara puak-puak tak siuman ni cuba nak tunjuk kemarahan dengan memaki sana sini dek kerana kawan kena tahan dan buruan pihak berkuasa.
Tak cukup dengan berdemo, mereka cuba pulak desak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof supaya letak jawatan. Kononnya beliau tak bersikap adil dalam menjalankan tugas. Abu Bakar Yahya, Ahli Dewan Tertinggi Perkasa telah menyuarakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Aziz untuk terus memimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perkasa yakin Tan Sri dan seluruh pegawai SPR akan menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan adil bagi memastikan pilihan raya akan datang berjalan lancar.
angrybird's BlackBerry®

No comments:
Post a Comment