Bukan senang untuk kita menjayakan sesebuah program yang melibatklan beberapa nama yang dah terkenal. Masing-masing menpunya cara dan idea yang tersendiri.
Pada sesetengah individu mungkin mendefinasikan program Dr Spin kali ini tidak berjaya. Dalam erti kata lain 'Fail'. Pada aku secara keseluruhannya program Dr Spin bersama Blogger tetap berjaya. Cuma 'fail' untuk kedatangan peserta. Dalam sesi-sesi lain ianya tetap berjalan dengan sempurna.
Baik dari segi makan, atucara program, Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Walaupun peserta tak seperti yang jangka, aku rasa bangga bila dapat sama-sama membuka minda peserta dan mengambil peluang yang ada sebagai pebagai pengguna media baru.
Bukan mudah untuk jelaskan pada golongan baru yang tidak berminat dengan politik. Silap kita jelaskan dan bagi maklumat boleh buat mereka ini bosan.
Bagi penggiat media baru pulak, kesempatan ini di ambil sepenuhnya betukar-tukar pengalaman dan idea diantara satu dengan yang lain. Ada yang baru pertama kali berjumpa walaupun memang dah lama kenal di alam maya.
Ucapan berbanyak-banyak terima kasih pada mereka ini kerana sanggup meluangkan masa dengan menyertai program kali ini.
Apa yang berlaku di harap dapat memberi sedikit sebanyak pengalaman untuk masa-masa akan datang. Terima kasih sekali lagi pada semua yang terlibat.
Ucapan Terima Kasih pada :
TeamWartaRakyat,Dinturtle,TaipingMali,AAKJ,RR,Sangkakalajari9,JS,PenaTanahMelayu,SahabatGunung,APA,PenggempuMutiara,KerisMalaya,OnDaStreet,MatKilauPenang,Waris AMP,Jawa Bernam,IbnuK,Garamanis,Team Utusan Daily,TeamNadiRakyat,TeamBloggerWirawatiPerkasaMalaysia dan beberapa nama yang tak disebut.
angrybird's BlackBerry®

No comments:
Post a Comment