Sunday, July 26, 2015

MOU IKSIM vs PENERANGAN PUTERI UMNO

Julai 25hb, 2015.... Mencatat satu lagi cerita di mana Penerangan Puteri UMNO Malaysia diberi penghormatan dalam sebuah hubungan persefahaman bersama IKSIM untuk sama-sama melaksanakan program khususnya untuk golongan muda-mudi.

Majlis menandatangani oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, saudari Haryaty Hamdzah bersama CEO IKSIM, Dato Dr Naser Disa yang mana telah disaksikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Dato' Hjh Mas Ermiyati Samsuddin dan di rasmikan oleh YB Datuk Razali Ibrahim yang turut sama diserikan oleh beberapa Exco Puteri UMNO Malaysia Dan jugak Ketua-Ketua Penerangan Puteri UMNO Negeri.

Bagi memulakan agenda persefahaman tersebut, Penerangan Puteri Negeri Melaka yang diketuai oleh Saudari Suzalipah Len telah mengadakan pra program tersebut yang mana sambutan oleh perserta jemputan mendapat feedback yang begitu baik terutaman dikalangan pelajar IPTS yang mana menghantar peserta seramai 12 orang.

Selepas ini akan diikuti oleh negeri-negeri lain sebagaimana yang telah dibincangkan dah berharap ianya akan dapat sambutan oleh pelbagai pihak.



Ketibaan VVIP.......