Hidup ini rupanya penuh dengan ranjau dan duri. Dalam perjalanan yang kita lalu mana kita nak sangka dengan apa yang akan berlaku. Kita mungkin dah bersedia, dan buat persiapan, tapi tahu ka kita apa yang akan kita tempuh nun kat depan sana.
Banyak ragam manusia, pelbagai karenah teman dan rakan yang beliau jumpa. Semuanya mahu tak mahu, nak tak nak terpaksa kena jugak beliau hadapi. Udah begitu ketetapan perjalanan yang Allah susun atur untuk beliau. Baik buruk perjalanan yang bisa beliau catatkan sebagai cerita kisah hidup beliau.
Bukan semua beliau berkesempatan catatkan segala memori perjalanannya. Dalam pelbagai rupa, gelagat, perangai bersenda gurau dengan teman-teman, terkisah cerita kamu yang suka beliau nak lakarkan. Mungkin jugak untuk ingatan bila hari mendatang belum tentu bagaimana masing-masing punya kedudukan. Kamu mungkin nun jauh dipersada kejayaan yang entahkan dapat lihat beliau lagi.
Nama kamu sering jadi bualan. Wahhh... sepertinya kehebatan kamu bila diukur tak ada penghujungnya. Tapi beliau yakin, mana bisa kamu sebegitu hebat, kerana manusia dijadikan Allah tiada yang sempurna. Iktibar dari situ, manusia ini memang senang dengan puji-pujian. Baik yang memuji mahupun yang dipuji.
Berkenan untuk catatkan kisah kamu, sedikit sebanyak bagi kesan kat perjalanan hidup beliau. Sedikit sebanyak fokus pada kamu nak kena utamakan. Semuanya untuk sebuah perjuangam yang memang menarik minat beliau. Dari jauh beliau lihat, beliau dengar, beliau perhatikan kamu. Kamu punya semangat yang cukup tinggi. Kamu punya keinginan adakala di luar jangkauan.
Perjuangan pada beliau bila adanya perlakuan untuk melaksanakan. Bukan hanya bisa bicara sedari subuh hingga ke malam. Tetapi adanya pengisian dalam perjalanan. Kamu sematkan pelbagai acara untuk lakaran pengisian bagi mentafsirkan perjalanan perjuangan. Amat menarik sekali.
Dalam suka gelak tawa, kamu diasak mereka dan diuji Yang Maha Kuasa. Cekal, tabah, teguh, berani, sifat semulajadi manusia yang ada pada kamu. Alhamdulillah..... bila Allah uji, maknanya Dia sayangkan hambanNya. Proses menguji diharap dapat mendidik kejituan nurani kepadaNya. Walau apapun penilaian buruk pada kamu, ianya buat kamu lebih tenang untuk mengatasinya. Ada rasa bangga dalam diri beliau dapat merapati insan istimewa amanah Yang Maha Kuasa ini.
Dalam cerita kamu juga beliau suka nak kongsikan tengtang tsunami kamu. Bila datang saja tsunami, seakan hilang segala nikmat dunia yang kamu pegang. Mungkin kamu tak sedarinya, tetapi pada mata beliau, tsunami yang kamu bawak itu bisa memberi kamu malapetaka. Allah datangkan tsunami dalam diri kamu, untuk Dia uji sejauh mana kesabaran kamu. Ternyata kamu gagal untuk memasakkan kesabaran dalam roh kamu.
Bila Allah angkat kamu sebagai pemimpin, maka akan bermulalah ujian-ujian dariNya. Kamu harus ingat dan berpegangang pada taliNya walau kemana saja kamu pergi. Dengan itu, kamu pasti bisa melaluinya dengan bantuan dan izinNya.
Tiada yang lebih istimewa melainkan Dia Yang Satu. Tetapi dalam gemerlapan sinar yang Allah turunkan ke muka bumi ini, kamu bertuah kerana diberi Allah sinarNya. Jangan kamu gelapkan sinar tersebut kerana sinar itu bisa menerangi kegelapan mereka yang berada disekitarmu. Jangan kamu megah dengan sinar yang kamu ada itu, kerana tanpa kamu sedar, sinar itu akan hilang selamanya.
Subhanallah.....
Masya Allah.....
Allahuakbar....
PadaMu Ya Allah
Yang Maha Pemurah
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Mengasihani
Yang Maha Mengetahui
Pencipta segala isi langit dan bumi
Moga Kau bimbing kami ini yang tak sempurna
Moga Kau beri kami petunjuk dan hidayahMu
Hanya padaMu lah kami bermohon

