Monday, February 10, 2014

Kisah Pengikut - Pengikut Setia Si Banduan Peliwat


Dah tak tahu dah macam mana lagi nak bagitahu kepada mereka yang begitu fanatik menyokong bekas pemimpin yang juga seorang banduan yang dikaitkan dengan kes liwat. Segala bukti baik secara bertulis mahupun rakaman bergambar pun dan diberikan. Malangnya semua tu pada mereka hanyalah fitnah semata-mata yang cuba nak jatuhkan Si Banduan Peliwat ni.

Andaikata semua ini adalah fitnah dan tak benar, terfikir jugak dalam kepala ni, segala kejadian yang berlaku atas kehendak Allah. Mana yang baik dah tentu Allah akan berikan balasan yang baik. Mana yang silap dah tentu Allah akan tunjukkan jugak apa kesilapannya. Moga-moga kita yang melihat dapat ambik iktibar dari kejadian tersebut.

Berbalik kepada kes si banduan peliwat ni, setelah sekian lama turun naik mahkamah, beliau cuba nak buktikan semua yang berlaku adalah rekaan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Berani kerana benar, takut kerana salah. Apa yang kita nampak selama ini adakah keberanian beliau menipu rakyat kerana nak tutup kelakuan moralnya yang tak senonoh atau beliau cuba nak dapatkan sokongan simpati sebab nak jadi PM untuk dapat kuasa. Bila tak lepas jadi PM, sekarang nak beradu nasib jadi MB pulak. Ramai yang tahu, beliau nakkan kuasa untuk gubal undang-undang yang sedia ada. Nampaknya aktiviti meliwat dah tak pelik lagi, Islam bukan lagi agama penting kat Malaysia ni, Melayu ntah kan ada lagi ke tak bila banduan ni dah dapat kuasa nanti.

Jika benar beliau sayangkan rakyat, negara dan agama, mengapa beliau sanggup bertindak menjadikan agama sebagai taruhan. Beliau menyokong penuh bahasa jawi dihapuskan. Bukan itu saja, malah dengan bangga dan megah beliau kata yang setiap individu harus diberi kebebasan beragama. Mungkin ada yang tahu, tapi buat-buat tak tahu. Mungkin ada yang nampak, tapi buat-buat tak nampak.

Selama bertahun-tahun lamanya kerajaan yang dibawah pimpinan Barisan Nasional sangat prihatin dengan bab agama. Agama Islam adalah agama rasmi yang bukan senang lenang boleh ditukar dan dipinda sesuka hati yang termaktub dalam Perlembagaan. Kebebasan masih diberi kepada penganut agama lain yang bukan Islam menjalankan ibadah mereka dan tak di benar mempengaruhi orang Islam.

Dulu banduan peliwat ni semangatnya berkobar-kobar nak jadi PM. Niat dah tak betul, tak kan Allah mudah-mudah nak izinkan. Nampaknya semangat yang berkobar-kobar tu dah di kona pulak ke tempat lain.

Banduan peliwat ni kalau dilihat dengan teliti, beliau mempunyai masalah kesihatan mental yang agak kritikal.
Beliau boleh bila-bila masa ubah atau tukar kelakuan dan jugak percakapan. Sampai hari ini, beliau tak ambil apa-apa tindakan saman pun ke atas mereka yang dikatakan menfitnahnya. Sebaliknya dengan bangga beritahu kat semua, yang dia mangsa fitnah untuk menjatuhkan beliau.

Rasanya kalau orang lain dah lama usaha nak tutup malu dengan kes sebegitu. Tetapi beliau sengaja biarkan agar masyarakat melihat dia dengan rasa simpati lalu menaikkan sifat marah masyarakat kerana memperlakukan seorang yang dilihat bijak pandai. Beliau cuba kuasai jiwa rakyat dengan membuatkan mereka marah.

Oleh kerana masyarakat hari ini sibuk menguruskan kehidupan masing-masing, membuatkan tak berkesempatan nak fikirkan hal-hal lain. Perkabaran yang mereka dengar, terus di ambil tanpa nemikirkan ianya betul atau tidak. Di tambah pulak watak utamanya individu yang mereka kenal benar orangnya.
Itulah kesilapan besar segelintir mereka yang taksub menyokong sibanduan peliwat ni.

Membuatkan keputusan tanpa mengkaji terlebih dahulu. Mereka dah tak perasan orang yang mereka sokong tu dah tak siuman. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana mereka ni nak terlanjur buat kesilapan. Allah panjangkan masa agar mereka fikir nak bertaubat. Allah tak pernah nak susahkan umat Muhammad melainkan mereka sendiri yang memilih untuk melaluinya.

Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah dan dibukakan jalan agar dipermudah segalanya. Insya'allah.