Entah panggilan apa yang seru, hari ni terpanggil pulak nak mengadu, buka la buat aduan, tapi mencoret sesuatu pada teman baikku. Dek kerana geram bila bercakap tak der nak fikir-fikir dulu.
Maaf kalau kasar berbahasa,,,,,,,,,,
Pada saya apa lah salah nya dgn POLITIK, kalau melalui politik dapat pertahankan agama bangsa, dapat perbetul yg silap, sebagaimana rencana Yang Mahakuasa hari ini, diletaknya calon yang bertanding tu cikgu kita sendiri, yang pernah ajar kita hingga sepertimana kita hari ni, yang sah-sah, terang-terang kita kenai dan tahu siapa dan darimana asal beliau. Apakah semua ni pun anda nak kata permainan politik ?
Maaf sekali lagi, saya dulu pun bukan gemor sangat dengan politik, saya selalu bagitau rakan 4.....5 tahun dulu, saya ni "ANTI POLITIK". Tu pasal saya cuma terima NGO sahaja bila saya diajak berpesatuan. Tapi saya bukan boleh tngok saja kalu ada yang duk kata yg bukan-bukan pasal MELAYU, bangsa saya sendiri. Memang nak kono semelih.
Kalau anda ni tak dikenali, tak suka bercampur bergaul dengan masyarakat kat skeliling, apa saja bentuk cadangan, kebajikan yang anda buat mungkin tak semua nak dengar dan terima. Melainkan rakan-rakan yang memang dah kenal dengan anda, dan anda kena ingat, perjuangan zaman Nabi, tak sama zaman moyang kita, tak sama zaman tuk nenek kita, tak sama zaman mok ayoh kita, dan tak sama caranya dgn hari ni.
Saya berada dalam kelompok UMNO kerana sy masih yakin kemampuan UMNO untuk Agama dan Bangsa secara keseluruhannya, walupun saya tahu banyak dalang-dalang, pencuri-pencyri, penyamun-penyamun, penyangak-penyangak, pembelit-pembelit dan macam-macam lagi dalam UMNO.
Akan tetapi bila adik-adik yang baru saja habis belajar, pengalaman pun tak seberapa, inikan pulak arus gelombang politik. Sekali anda dihempas ombak dan badai politik, anda akan rasa siapa yang mencabar dan siapa yang tercabar. Waktu tu jugak anda pasti boleh rasa, siapa yang tergugat dan siapa yang menggugat.
Hari ni ramai adik-adik lupa nak hormat orang dewasa. Anda lupa bila anda berada dalam kawasan/kumpulan baru, anda kena ikut peraturan yang dah sedia ada, bukan memberi amaran sebaik saja masuk atau dibawa masuk. Ramai yang tak sedar kesilapan sikap sendiri dek kerana terlampau fokus nak cari kesilapan orang lain. Kalau macam ni lah, sikap adik-adik muda mudi hari ni, tak pelik dan tak hairan kalau saya katakan satu hari nanti kedudukan Agama dan Bangsa sendiri bukan lagi tanggungjawab yang penting.
Tak salah bila kita silap dalam percaturan atau membuat keputusan, andai kata ianya dapat di jadikan iktibar untuk perjalanan kita masa depan.
Belajar Dari Kesilapan........Demi Agama, Demi Bangsa, jangan sempitkan laluan fikiran sendiri sehingga menyekat pengaliran idea yang sempurna.
#angrybird #IngatKatDiri #RenunganBersama

