Sunday, November 18, 2012

Setelah Sekian Lama

Ucapan penghargaan kepada my "BigBro" kerana beliau yang memberi sedikit ilham untuk Burung Marah bernafas semula. Terima kasih sekali lagi.

Bosan, Rimas, Geram, Sakit Kepala, No Coment, Ntah Lah,,,,, itu antara jawapan yang selalu aku beri bila diajukan pertanyaan pasal politik pada hari ini. Nak suruh aku buat rumusan ? Nanti jadi resepi yang tak mungkin tak ada saper pun nak makan, maklumlah 'Koi Bukan Blogger', tapi nak tak nak kena bagi pandangan jugak, nanti aku dikata tak ambik endah plak dengan apa yang berlaku.

Balik balik soalan yang ditanya, kenapa nak sokong BN? Apa yang BN dah bagi sampai aku ni setia dengan BN? BN ni parti rasuah pun ko nak sokong ke ? BN punya kepimpinan semua dah corrupt, tu pun ko nak sokong lagi BN? Ish ish ishhhhh banyak sungguh soalan2 bila aku ingat balik. Apa parti selain BN tak ada rasuah? Pemimpinnya semua bersih? Sendiri pikir lah ya.

Bukan merajuk, bukan dah lupa, tapi ada sedikit kecewa kerana semangat ini seperti sedang diambil semula. Semangat yang dulunya pernah ditiup oleh seorang yang berjiwa pejuang, tetiba makin lama makin pudar kian hilang. Mungkin dia sendiri tak sedar, tapi itulah hakikatnya. Kadang aku sendiri pun tak percaya, kekuatan diri yang aku ada hari ini, datang dari kekuatan dirinya.



angrybird's BlackBerry®