Friday, October 5, 2012

Selongkar Bukit Bintang

Bersantai kat Bukit Bintang pepagi buta memang best. Cuba bayangkan jam 3pagi masih terdapat banyak kereta kat jalan Bukit Bintang. Waktu-waktu macam ni, mana pun boleh parking. Memang ikut suka mak bapak dorang je. Yang bestnya sambil-sambil lepak ni tetiba datang bau yang enak. Wahhhh jagung bakar rupanya.

Waktu-waktu macam ni jugak lah, pusat-pusat urut memang tak putus-putus oleh pengunjung. Tak jauh dari situ, ada pulak sekumpulan penyanyi jalanan yang sedang menghibur para pengunjung. Memang ramai yang tak lepas peluang menyaksikan persembahan mereka. Lagu-lagu yang mereka nyanyi pun antara koleksi lagu-lagu baru yang sedang hangat kita dengar hari ini.

Ada segelintirnya memang datang duduk cuma nak tengok gelagat-gelagat penghuni kota yang ada macam-macam karenah. Ada yang nampak perempuan tapi gayanya lelaki. Ada yang suka nak promo diri mereka,lagak dah macam model tak laku. Ada yang ketawa sendiri dan bercakap sorang-sorang diri pun ada.

Warga asing jugak tak lepas peluang turut sama mengunjungi pusat-pusat urut dan pusat-pusat hiburan yang terdapat di sepanjang jalan Bukit Bintang. Ianya seperti syurga dunia oleh sebilangan warga kota yang menjadi penhunjung setia Bukit Bintang.

Apa pun persepsi, pandangan dan sebagainya, tempat ini memang tak kan sunyi. Memang setia menanti pengunjung tak kira siapa saja. Semua seakan mengalu-ngalu kedatangan mereka yang nak datang.


angrybird's BlackBerry®