Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Cikgu

Siapa kata cikgu-cikgu di pinggirkan. Sempena Hari Guru tahun ni, seramai 24,053 orang guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat dapat kenaikan pangkat.

Dalam pada itu pihak kerajaan juga berusaha memberi yang terbaik kepada semua tenaga pengajar. Menambah baik skim perkhidmatan pendidikan, kenaikan pangkat yang berasaskan kecemerlangan dan banyak lagi.

Timbalan Perdana Menteri mengumumkan guru-guru yang telah dinaikkan pangkat berdasarkan gred masing-masing. Akhir sekali beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM934 juta bagi urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan dalam membuktikan kesungguhan kerajaan mengiktiraf segala usaha mereka sebagai pendidik dalam membentuk anak bangsa yang berjaya.

" Engkau lah lilin yang membakar diri
  Berjuang mendidik anak bangsa
  Tak pernah kau jemu
  Dalam mendidik kami
  Tiada beza ilmu yang kau beri
  Mengharap anak didik mu menjadi insan berguna
  Kepada Agama
  Kepada Bangsa
  Kepada Negara

  TERIMA KASIH CIKGU "


angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment