Sunday, May 20, 2012

Adaikata Macam Dulu

Bila duduk-duduk saja-saja dan buat imbasan secara rawak kenapa aku kat sini, untuk apa dan mengapa, pasti panjang ulasan kalau nak aku buat. Macam-macam jugak yang dah terjadi dan mungkin jugak akan terjadi.

Daripada seorang yang tak minat dan tak suka nak ambik tahu berkenaan politik, kini dah jadi lain. Perkara yang menyentuh tentang agama, bangsa dan negara amat sensitif pada aku. Dari berdiam diri tak menyapa kini aku jadi lebih agresif.

Bermula dengan berfacebook hanya untuk suka-suka nak cari kawan dan juga komunikasi dengan keluarga yang menetap jauh di perantauan. Semakin hari semakin menarik diri untuk melontar pendapat dan kritik pada status kekawan.

Dari facebook beralih ke twitter. Medan perang bagi pengamal-pengamal media baru. Di twitter tiada had dan sempadan seperti facebook. Masing-masing boleh buat dan kata apa yang mereka suka kepada sesiapa sahaja. Setiap orang akan ada lebih dari satu akaun dengan identiti yang berbeza-beza.

Pada awalnya memang rasa seronok. Pengalaman baru yang beda dari hari-hari sebelum ini. Ada segelintirnya cuba menjadikan medan maya ini tempat untuk meluahkan apa yg tak terucap dek mulut. Mungkin bimbang akan dibenci, dikritik lalu gunakan medan maya yang pastinya akan dilihat oleh mata seluruh dunia.

Kini medan yang aku kira untuk perjuangan bangsa, agama dan negara dah tak rasa hebat. Masing-masing dah mula fikirkan agenda untuk diri sendiri. Mereka ini dah makin keliru antara jiran, kawan dan lawan. Tujuan mereka pada pandangan umum dah tak tau kemana. Mungkin aku pun tak sesuai dengan dunia mereka ini.




angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment