Monday, February 6, 2012

Siri Jelajah Sambil Kutip Ilmu @ Darul Iman



Banyak berjalan luas pandangan, banyak membaca menambah ilmu didada. Berkampung di Darul Iman memang best giler. Yang best bila dah balik dapat jumpa dan beramah mesra dengan pemimpin negeri sendiri, yang giler tak payah lah nak sebut,,,,memang giler

Banyak berjalan, Luas pandangan, Banyak membaca, Menambah ilmu didada. Berkampung di Darul Iman memang best giler. Yang best bila dah balik dapat jumpa dan beramah mesra dengan pemimpin negeri sendiri, yang giler tak payah lah nak sebut,,,,memang giler

Yg terlibat mereka mereka yg ada gelaran "Top" dan ada jugak bagi aku yang perasan dia "Top". Ada yang aku pernah jumpa dan ada jugak yang pertama kali jumpa. Kata orang, pengalaman yang kita lalu, tak kan berulang ulang perkara yang sama. Jadi untuk pengalaman kali ni, aku manfaatkan sebaik mungkin.

Siri jelajah yang pertama kali aku join tahun 2012 ni, membuat kami semua lebih rapat dan mengenali siapa individu2 pemimpin tersebut. Kalau sebelum ni aku cuma kenal dari media media tempatan, tapi kali ni yang menariknya kami dapat duduk semeja dan bersembang. Masa tu aju lah apa2 soklan pun, beliau mesti bagi jawapan.

Dari issue ekonomi, pembangunan semasa, peralihan pemimpin, kebajikan rakyat, impak dari pembangkan dan memacam lagi. Bak kata, memang beliau benar benar tahu, ambik tahu, diberitahu dan bukan tak tahu semua perkara yang berlaku di kawasan beliau.

Selama 2hari 1malam, program memang penuh, dari pagi bawak ke petang, bersambung lagi sebelah malam. Semunya berkisar perihal politik di Terengganu amnya. Banyak bukti2 yg selama ini tersimpan di arkib Darul Iman ni dikongsi pada kami semua. Ada yang memberi reaksi yang positif, dan ada juga yang  beraksi terkejut kerana tak pernah tengok dan tahu adanya bahan2 bukti yang sedemikian rupa. Timbul lah pelbagai persoalan, kenapa selama ini bahan2 yang amat berguna ini disimpan begitu lama.

Tak begitu arif bagaimana nak sebarkan maklumat penting begini, itu lah yang menyebabkan bahan bukti ni dok simpan lama sampai hari ni. Kedatangan rombongan kami ni

Setelah disimpul, dapatlah aku membuat teori aku sendiri bahawa, mereka ini belum sepenuhnya menguasai  Media Baru yang wujud pada hari ini. Mungkin disebabkan pendedahan dan penglibatan yang kurang dari pihak yang bertanggungjawab melatih, membentuk dan mewujud golongan yang tertentu sebagai perisai untuk bertempur di alam maya.

Pada hari ni ada banyak aplikasi aplikasi media sosial di alam maya. Terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih dan guna pakai sebagai senjata atau perisai kalau nak bertempur di alam maya. Pemilihan yang tepat dan bijak bakal menentu sejauh mana kebijaksanaan mereka kelak. Setiap aplikasi mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Objektif pengguna amat penting. Apakah nak menyampaikan atau sekadar nak bukukan buat kenangan di masa masa akan datang.

PENDEDAHAN PADA MEDIA BARU
Berbalik pada siri jelajah aku kali ini, apa yang boleh aku ulas, dengan kedatangan rombongan kami ini, pendedahan dan penyelewengan yang lama lama masih lagi tersimpan dan belum didedahkan. Pada mulanya kami pun hairan kenapa ada beberapa bukti yang boleh diguna pakai tapi masih lagi tersimpan rapi. Seperti awal2 yang aku kata tadi lah, belum sepenuhnya mahir dengan Media Baru ni.

PENGLIBATAN WANITA
Tak ramai wanita, cuma +-20% je penyertaan dari keseluruhan program kali ni. Ternyata penglibatan secara serius  dari golongan wanita masih lagi kurang. Pada aku nak jadi penyerang maya tak perlu duduk melangut depan komputer 24jam. Tak semestinya semua issue kita kena cover / ambik tahu. Cukup sekadar ambik tau 2...3 issue penting2 dah. Tak payah nak ambik tau semua. Bila 2...3 issue jer kita pun tak kan luang kan banyak masa nak study / baca issue tu. Kebanyakkan bagi wanita, masalah masa adalah faktor utama mereka tak dapat nak sama2 ekoran tanggungjawab kepada keluarga (bagi yg berkeluarga). Terpulang masing2 punya cara atur masa dan schedule. Yang pasti kita semua sama di beri 24jam sehari. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang.

BLOGGER VS ARTIKEL
Mana yang menamakan diri mereka tu "TOP BLOGGER" atau telah di senarai dalam kategori "BLOGGER", pada aku ada masa tanpa sedar, mereka lalai / lupa dengan apa yang berlaku kat diri mereka. Mereka seakan lupa paparan yang dikeluarkan tu ada kalanya menjadi bahan rujukan pembaca tegar yang tak lagi beli surat kabar. Definisi pembaca tidak sama dengan definisi penulis. Pembaca hanya membaca apa yang tertulis sedangkan penulis sebelum menulis mereka mempunyai beberapa pilihan rujukan dan mana yang terbaik akan dikeluarkan. Adakala penulis juga tak sedar mereka membuat pembaca keliru. Keliru dengan artikel dan identiti penulis itu sendiri.

PENGHARGAAN
Tidak adil rasanya kalau tak berterima kasih pada mereka2 yang bertungkus lumus dalam mambawa kami semua selamat pegi dan balik untuk program kali ini. Mereka bersungguh2 untuk mengiktiraf dan perkenalkan BLOGGER2 ni kepada kumpulan2 yang masih belum sepenuhnya terdedah dengan Media Baru ini. TAHNIAH & SYABAS Bro atas kejayaan perlaksaan siri jelajah kali ini.

  
( paparan / tulisan ini sekadar apa yg terfikir, pandangan, pendapat peribadi, tidak bermaksud pada mana2 individu )

2 comments: