Friday, February 3, 2012

Beliau Biduanita Kami.....


Tarikh keramat 18 December 2011, bermula dari tarikh itu dia menjadi penghuni setia Hospital Ampang. Sehari di wad biasa, selebihnya sehingga hari ini di tingkat 3 wad ICU. Bermula lah juga kata2 semangat dan sokongan dari kawan2 sekeliling yang begitu prihatin dengan insan mulia ini. Semua rakan tak lupa mendoakan kesihatan beliau.


Rasanya kisah ini tidak dapat nak di gambarkan dengan kata2. Hari2 yang dilalui penuh dengan harapan, penuh dengan kejutan dan adakalanya sedikit kekecewaan. Seribu jenis perasaan yang di pendam oleh mereka yang datang melawat beliau. Aku tidak ambik banyak masa untuk bercerita, mengarang kisah beliau, aku kumpulkan beberapa keratan sokongan dari rakan2 dan keluarga beliau untuk aku kenang bila hari2 akan datang. supaya aku tidak lupa, bahawa ada beliau sedikit sebanyak telah pengaruhi kegiatan harian kami.

Laporan terkini dari rakan2 tak pernah jemu untuk rakan2 yang tak dapat datang dan yang tinggal jauh dari Ampang Hospital.


Tidak putus2 rakan2 sekeliling mendoakan beliau supaya segera sembuh

Beliau tidak dapat bersama2 meraikan hari bersejarah anakanda sulong di upacara akad nikah dan berlansungnya persandingan. 


Mereka mereka ini adalah sahabat handai yang tak pernah jemu untuk datang memberi semangat sambil membawa satu harapan agar beliau segera sihat seperti sediakala, Insya'allah

Hampir seminggu aku tak datang menjenguk beliau kerana berada di luar kawasan. Ini merupakan luahan harapan pertama aku pada untuk tahun 2012
Sayu tak terkata aku bila membacanya.........


Sudah 10 hari rupanya beliau dalam ICU......
Peluang berkumpul bersama2 melawat rakan tersayang......

Alhamdulillah.....pindah ward selepas 10 hari 

Jeles sungguh bila tengok status dorang nak berkumpul dengan baju merah, sebab aku tak dapat join sama

Besar harapan kami semua agar beliau kembali sihat macam dulu2



Simpati, sayu, sebak, semua perasaan campur2 bila baca statusnya pada FB, moga beliau diberi kekuatan dalam mengharungi dugaan Yang Maha Esa


Insya'alla, kami semua memang tak putus2 mendoakan beliau dan keluarga


Rugi aku tak dapat join gathering dekat Hospital Ampang ni.....





Bersama salah sorang Doktor Pakar Hospital Ampang, yang merawat beliau

Sama2 kita terus mendoakan beliau.....


Laporan keadaan beliau oleh suami yang setia setiap hari menemani.... sehari sebelum besday beliau

Hari Ulang Tahun Biduanita kami..... 7 Jan, kita berkongsi bulan yang sama JANUARI

Harapan aku, bila beliau sedar nanti, beliau dapat baca semua kata2 semangat dari kami semua





Walaupun sibuk dan waktu agak terbatas, masing2 cuba melapangkan diri datang ke Hospital Ampang. Memang beliau sangat disayangi oleh semua, Alhamdulillah.

Pasangan pengantin ini terpaksa meraikan tanpa Ibu , walau bagaimana pun mereka tetap mahu Ibu merasa sama kegembiraan hari bahagia mereka. 





Insya'allah, macam yang saya kata, saya akan cuba meluangkan masa hari cuti untuk datang melawat, tanda sokongan saya pada beliau sekeluarga






Tiada kata dapat menggambarkan, setiap gambar2 ini telah menceritakan segala2 nya




















...... / to be cont & edit