Wednesday, February 1, 2012

Ini pendapat aku sebagai PEMBACA

Dari pembacaan, dari perbincangan, dari perdebatan, apa yang aku boleh simpul dari semua sekali, ini yang aku boleh aku katakan

Dari segi penyampain oleh media media baru hari ni, tak rugi pun kalau tak terlalu pentingkan diri sendiri. Kena ada kesedaran jugak, dah tahu yang setiap artikel yang dikeluarkan tu untuk tatapan sesapa saja yang fanatik dengan jadikan blog sebagai sumber rujukan tegar. Bila dah tahu issue issue tu nak di war war kan pada umum, seeloknya penulis kena fikir fikir jugak, kesan atau impak maksima hasil dari bacaan tu.

Tak ada pun penulis yang menulis hanya membuta tuli. Objektif hasil dari penulisan tu, dah tentu nak suruh pembaca keep follow anda (penulis). Tapi sebilangan besar blog blog yang ada sekarang lain plak cerita. Kawan keluar cerita Sawan, awak pun nak keluar cerita Sawan. Kawan up cerita hantu, awak pun nak up cerita hantu. Nak cepat publish story, mudah dan senang COPY dan PASTE. Janji ada orang baca. Mutu dan kualiti, itu semua  belakang cerita. Semua dari angle yang sama.

Bila dah jadi bloggez, dah top, maka akan ada la level level tertentu. Asal hit pembaca tinggi dan konsider bagus la tu. Penilaian yang pada aku syiok sendiri. Sebab tak ada yang tegur, sampai bila bila pun dok syok sendiri.

Pengalaman jumpa, cakap, berdepan, soaljawab, dengan meka yang namakan diri bloggez ni memang best. Ada yang boleh terima apa kita kata. Ada yang nak dengar apa pendapat kita. Yang penting meka meka ni kena faham, kena tahu, pandangan dan pendapat seorang pembaca, viewer tak sama. Pemahaman dan level pemikiran pembaca dan penulis jugak tak sama. Tapi ada jugak penulis yang bersifat apa yang dia tulis, apa yang dia papar tu, baca jelah, konon dah cukup  bagus dah apa yang diceritakan.

Secara jujur aku tak pandai nak menulis seperti bloggez bloggez yang kat luar sana. Wall aku ni pun sekadar storage dari apa sahaja yg aku fikir perlu untuk diri aku simpan. Itu jer lah untuk kali ni. Idea dah hilang dah.