Monday, June 19, 2017

Menjauh Diri

Diam tak diam,  Ramadhan dah nak abis. Diam tak diam, dalam tak sedar banyak perkara yang dilalui dalam perjalanan hari ini. Semua ada, manis, masam, pahit, payau, macam-macam perisa. Alhamdulillah,  dapat jugak kejar nak berterawih dalam sempat tak sempat, dalam banyak hal dan urusan yang tidak berketentuan.

Belajar tentang penghargaan dalam sebuah hubungan. Ada yang hargai dan ada yang tak kisah. Dalam pada itu ada yang cuba nak senangkan diri sendiri atas hubungan yang terjadi. Mungkin ada mata yang nampak, ada mata yang melihat tapi buat-buat tak nampak kerana ianya beri manfaat untuk diri sendiri.

Tak kurang juga yang memperdagangkan sesebuah hubungan yang sedia ada. Ada yang sedar, dan ada yang sebaliknya. Silap sendiri dalam percaturan urusan perjalanan, maka akan terasa tak selesa dirinya.

Sedar atau tidak, yang berlaku, yang terjadi adalah punca dari diri sendiri yang ianya mungkin disedari atau sebaliknya. Merasakan diri makin jauh, merasakan diri makin dekat, merasakan diri terus dijulang, merasakan diri dibiar sendiri, ada pun ianya urusan perjalan yang hakiki.

Ya Rahman Ya Rahim
Aku tadahkan tangan ini
Mintak dariMu
Beri kami ketetapan hati kepadaMu
Jadikan kami orang yang sentiasa bersamaMu
Kerana Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk umutMu

Ya Rahman Ya Rahim
Andainya jalan didepan kami ini penuh liku
Moga Engkau permudahkan dan beri kelapangan
Peliharalah hubungan baik sesama kami
Agar dijauhkan segala sengketa yg bisa memudaratkan

Aamiinnnn Ya Rabbal Alamin


Ramadhan 2017

No comments:

Post a Comment