Sunday, April 10, 2016

CUMA TANYA SOALAN

Baca sana sini, kebanyakkan bangga tulis pasal mahasiswi yang bertanya soalan kat Dr.Zakir Naik ( DZN ). Tak kurang pulak yang mempersenda dengan menghasilkan imej-imej yang begitu kreatif. Impaknya, anda sendirilah yang lihat dan baca.

Mudah soalannya. Kenapa kerajaan tak hargai orang sepertinya. Mempersoalkan kerajaan. Bukan beliau seorang. Tapi ada bersama kawan-kawan seangkatan buatkan beliau berani untuk tampil ke depan. 

Nampaknya dengan sengaja, dalam sedar atau tak, beliau dah bagitahu umum bahawa beliau dan kawan-kawan ada yang tak setuju atau dalam erti kat lain tak berpihak kepada kerajaan.  

Ada media penulisan yang bertindak mengkritik beliau secara negetif. Apakah kita nak wujudkan lagi jurang agar lebih besar golongan mahasiswi yang tak berpihak kepada kerajaan atau menganggap diri mereka tak dihargai. Pendek sungguh akal yang berakal.

Ada baiknya dekati mereka, dengar ceritanya, apa sebenar masalah mereka kerana mereka bukan dikalangan yang tidak berakal. Andai mereka ni cuaca yang tak terduga, pasti sunami yang tak disangka akan datang melanda. Kalian sendiri lebih arif untuk terus menilai dan buat pelbagai andaian dan tafsirannya.

Keadaan hari ni, kedudukan hari ni, hakikatnya kita masih kekurangan bilangan orang muda. Adakah masih nak terus menerus untuk kurangkan bilangan, atau sebaliknya. 

Kadang, rasa simpati dengan yang tak mengerti keadaan dan situasi. Menghukum tanpa sebarang penelitian mahupun terapi. Melihat dari sudut dan persepsi yang merosakkan. Tapi bukan untuk memudah atau memperbaiki. 

Allah tunjukkan, Allah datangkan peristiwa bukan untuk kita terus hukum, tetapi dengan akal yang Dia bagi, dengan kebolehan dan nikmat yang Dia pinjamkan, sebaiknya permudahkan. Selesai dengan segala daya resolusi, bukan terus menerus mengaibkan. Allah dah tunjuk mana tempat yang perlu diperbaiki.

Moga Allah pelihara mereka yang Dia pilih untuk diuji dan yang teruji. Kekuatan itu dari Dia. Moga Kau terus beri KekuatanMu Ya Rahman Ya Rahim....