Thursday, April 2, 2015

SAAT & KETIKA BILA DIA DENGAR


Jujur... dia tak kenal beliau
Dia tak lalui zaman kegemilangan beliau
Dia tak diberitahu akan keajaiban semangat beliau
Dia tak digossip akan kelantangan bicara beliau
Dia tak digambarkan kesungguhan beliau

Tapi... 
Allah masih beri dia peluang
Allah beri dia ruang
Allah beri dia kesempatan
Alhamdulillah.....

Saat dewan Istana Hotel bergema
Saat tepukan mengiringi beliau maju ke depan
Saat kesayuan nada suaranya
Saat kebimbangan dalam tuturnya
Saat kerisauan akan kepergiannya
Itulah saat & ketikanya....

Dan hari ini, akhirnya...
Dia berjaya dapatkan ungkapan bisa beliau yang bergema pada saat & ketika itu....

Terima kasih kak 


Semalam kita kawan kerana kenangan silam
Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam
Esok kita akan terus berkawan


Hari ini, kerana kita saling mendoakan hari-hari
Kemudian kita akan terus berkawan kerana esok


Kita ada azam
Tapi andai esok tiada lagi
Kita tetap kawan, kawan selamanya


Bermula satu pertemuan
Terjalin sebuah ikatan
Tercipta 1000 kenangan
Kini hadirnya persahabatan


Lantaran itu
Belajarlah menghargai sebuah kenangan
Kenangan dalam perjuangan. ...
Kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan
Dan tak mungkin akan berulang
Malah tak siapa bisa mengubahnya


Itulah realiti kehidupan

Namun....
Sebuah persahabatan yang sejati
Pasti akan membawa kerinduan
Di hati yang abadi


Secebis kasih membuatkan kita sayang
Seucap janji membuatkan kita percaya
Sekecil luka membuatkan kita kecewa
Sebaris kata membuatkan kita terluka
Lantas ku terpinga bila dikatakan DERHAKA pada sahabat (***)
Sahabat..... 
Perjuangan itu amat benar mengharapkan 1 pengorbanan


(***)senyuman ku ukir


- Wan Salwati Haji Abdullah -
Mantan Exco Puteri UMNO Malaysia
Mantan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia