Dari daerah kecil ini...
Aku pelajari sesatu
Sesuatu yang sangat bernilai
Aku mula kenal kamu
Aku mula kenali dia
Aku tanya pada kamu
Aku menyoal pada dia
Aku pelajari sesatu
Sesuatu yang sangat bernilai
Aku mula kenal kamu
Aku mula kenali dia
Aku tanya pada kamu
Aku menyoal pada dia
Dari daerah kecil ini...
Mereka dibesarkan
Mereka disekolahkan
Mereka diperkenalkan
Mereka mula bertatih untuk berjalan
Bagi mencorak sebuah kehidupan
Mereka dibesarkan
Mereka disekolahkan
Mereka diperkenalkan
Mereka mula bertatih untuk berjalan
Bagi mencorak sebuah kehidupan
Dari daerah kecil ini
Mereka dulunya sering berjabat tangan
Bila jumpa mereka saling berpelukan
Makan takkan lupa jiran dan rakan
Akrab sungguh tali hubungan
Bila lihat seolah bahagia akan berpanjangan
Mereka dulunya sering berjabat tangan
Bila jumpa mereka saling berpelukan
Makan takkan lupa jiran dan rakan
Akrab sungguh tali hubungan
Bila lihat seolah bahagia akan berpanjangan
Dari daerah kecil ini
Masing-masing sudah punya haluan
Masing-masing sudah bijak pandai
Masing-masing tak perlu lagi tunjuk ajar
Masing-masing rakus nakkan jawatan
Masing-masing tak peduli siapa kawan
Masing-masing tak hirau siapa lawan
Asal dapat nun singgahsana idaman
Tolak tepi ikatan dan pertalian
Masing-masing sudah punya haluan
Masing-masing sudah bijak pandai
Masing-masing tak perlu lagi tunjuk ajar
Masing-masing rakus nakkan jawatan
Masing-masing tak peduli siapa kawan
Masing-masing tak hirau siapa lawan
Asal dapat nun singgahsana idaman
Tolak tepi ikatan dan pertalian
Dari daerah kecil ini
Mereka sudah payah nak bersama berlibur
Apa lagi bersua duduk bersimpuh
Mereka tidak lagi mahu dengar suara hati
Mereka cuma dengar suara2 gergasi
Mana mungkin akan bersatu
Mana mungkin berganding bahu
Mana mungkin bersama berlari
Mana mungkin tangisan dan ketawa
Mana mungkin impian terlaksana
Mana mungkin
Mereka sudah payah nak bersama berlibur
Apa lagi bersua duduk bersimpuh
Mereka tidak lagi mahu dengar suara hati
Mereka cuma dengar suara2 gergasi
Mana mungkin akan bersatu
Mana mungkin berganding bahu
Mana mungkin bersama berlari
Mana mungkin tangisan dan ketawa
Mana mungkin impian terlaksana
Mana mungkin
Coretan demi coretan
Catatan demi catatan
Nukilan demi nukilan
Sekadar penyedap gusar perasaan
Hakikat kejadian
Hakikat perjalanan
Hakikat perlayaran
Hanya mereka yang mengerti
Hanya mereka yang teraju
Hanya mereka yang memandu
Catatan demi catatan
Nukilan demi nukilan
Sekadar penyedap gusar perasaan
Hakikat kejadian
Hakikat perjalanan
Hakikat perlayaran
Hanya mereka yang mengerti
Hanya mereka yang teraju
Hanya mereka yang memandu
Bersatulah kamu semua
Demi keamanan negara
Demi penyatuan bangsa
Demi kekuatan Agama
Demi keamanan negara
Demi penyatuan bangsa
Demi kekuatan Agama
* aku garapkan ianya untuk mereka, dia dan kamu, kerana kasih masih lagi utuh, sayang masih lagi panjang, bukan senketa yang aku mimpikan, tapi pelayaran harmoni yang bakal dikenang *
