Wednesday, January 7, 2015

CATATAN TAHUN BARU

Baru dapat peluang
Bukan nak cerita.. bukan nak bagitau
Sekadar menulis untuk ingatan diri sendiri
Biasa kita dengar ungkapan "Manusia Mudah Lupa"
Pendekatan awal aku ambik, lakar kan sebagai ingatan kat diri sendiri

Catatan Tahun Baru
Aku sendiri pun kadang keliru
Perlukah ianya ada
Patutkah ianya sempurna
Aku sendiri pun masih samar2
Setiap tahun masing2 berlumba siapkan pasang azam baru. Segala serbi nak mulakan dengan langkah baru. Apa tak bolehkan kalau disematkan dalam diri, bila tahun baru nak jadi "jutawan ilmu"

Catatan Tahun Baru
Terbaca coretan adik2 yang masih hingusan, bersemangat betul azam masing2.  Sampai ada yang kata nak kumpul duit nak tawan puncak Kinabalu. Mungkin aku takkan sampai ke situ memandangkan diri ni tak cukup berani dengan tempat yg tinggi. Jadi aku pahatkan dalam diri untuk jadi pemburu ilmu moga bisa jadi jutawan hebat kemudian hari.

Catatan Tahun Baru
Politik makin hari seperti mengajar erti kehidupan manusia yang sebenarnya. Mungkin tak semua, tapi sebilangan besarnya adalah sama gerak tarinya. Berpijak di bumi Allah, tapi lupa mana yang hak dan mana yang bathil. Bukan mudah rupanya nak kenali diri sendiri, sayangi diri, itu yang buat masing2 dah tak kisah dah tak sayang apa akan terjadi kat diri sendiri. Subhanallah....

Catatan Tahun Baru
Amanah Allah beri kat setiap individu ada yg sama, ada yg serupa dan ada yg seiring. Bila sesekali duduk dan renung, terasa sungguh beban kat bahu ni. Tak mudah macam sembang2 kedai kopi. Amanah yg Dia beri hanya Dia yg bisa menilai. Tak mampu manusia nak ukur kerana mana ada penyukatnya kalau nak diukur.

Catatan Tahun Baru
Sesekali terfikir nak lepaskan semua beban kat bahu ni. Rasa tak sanggup nak angkat, bawak dan seret bersama. Apakan daya, aturan Allah adalah yg terbaik. Sifat manusia tak semua yg sempurna melainkan yg berpandukan Qalam Allah dan Sunnah Rasul kekasih Allah. Moga Allah beri kesabaran, kekuatan untuk teruskan perjalanan kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment