Monday, October 13, 2014

KAMU MEMIMPIN, KAMI DIPIMPIN


Memang benar manusia dilihat, diuji bila diberi kuasa dan wang. Kuasa dan wang yang membuatkan suaranya didengar. Kuasa dan wang juga membolehkan mereka mengeluarkan arahan. Kuasa dan wang itulah adakala membuat mereka alpa, mereka yakin, mereka gelojoh, mereka simpati, mereka bisa memuat sesuatu keputusan.

Hari ini pelbagai masalah yang kita dengar. Masalah dari barisan kepimpinan dan masalah dari mereka yang dipimpin. Bila diselam, dihayati, disemak, banyaknya dari kumpulan yang memimpin. Mereka benar-benar diuji Yang Maha Kuasa.

Apa tidaknya, sedari terima saja kuasa yakni jawatan, Allah bukan beri sekadar suka-suka, tapi Dia tahu sejauh mana kekuatan kepimpinan mereka harus Dia uji. Allah sengaja nampakkan kelemahan, ketaksempunaan, ketidakadilan kepimpinan mereka ini kepada golongan yang dipimpin, kerana Allah nak kepimpinan mereka ini diperbetulkan.

Memang dah cantik aturan Allah. Dia kaitkan antara satu sama lain. Tak sepatutnya ada jurang, ada pemisah antara barisan pemimpin dan mereka yamg dipimpin. Malangnya hari ini seperti tembok cina, banjaran titiwangsa mereka dirikan bagi membedakan barisan pemimpin dan mereka yang dipimpin. 

Cukup sudah dengan beda kuasa jawatan masing-masing. Tak perlulah adanya jurang hubungan yang jaraknya seperti langit dan bumi, umpama pipit dan enggang.  Semuanya mengundang kepada persepsi yang akan menjauhkan antara satu sama lain.

Ingatlah, kuasa mahupun jawatan yang kamu pegang itu adalah amanah dari Dia. Salah kamu gunakan kuasa yang diberi, kamu dah engkar amanahNya. Jangan kamu ingat, dengan mempersenda mereka yang kamu pimpin, kamu bisa hidup senang lenang, kamu bisa ketawa sepanjang hari kerana dunia ini bukan milik kamu yang mutlak. Segala isi alam ini bukan hak kamu yang abadi.