Friday, April 18, 2014

Cerita Dia Kisah Kamu


Kecamuk....
Celaru.....
Keliru....
Bingung.....
Bosan.....
Menyampah....

Semuanya bercampur baur. Sesekali dia dah tak tahu nak mula kat mana. Seperti mencurah air ke daun keladi. Impiannya nak tengok Melayu bersatu, Melayu sepakat, Melayu bertaut, Melayu berpakat, seperti tak kesampaian. Apa tidaknya, bila dia bangun dari tido, berita yang dia dapat tak lain tak bukan tohmahan, sindiran, makian, cacian, celaan, ejekan di antara Melayu sesama Melayu sendiri.

Nak kata kurang ilmu, hari ni semua kelengkapan canggih dah disediakan. Kat mana-mana boleh dapat berita asal ada rangkaan internet. Tak kira waktu dan masa, jam pukul berapa. Sebaran maklumat dah tak terkira dah. Setiap masa setiap saat pasti ada rencana, berita mahupun peristiwa. Ada yang celik daya fikir, dah tentu tak lepas peluang untuk peroleh maklumat. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang sangat luas, pengetahuan pun kenalah tinggi.

Lain cerita pulak dengan golongan yang tak suka nak susahkan diri. Maklum sajalah, proses untuk dapatkan maklumat atau pengetahuan yang terkini bukan hanya boleh dapat dengan petik jari atau duduk goyang kaki. Secara berperingkat kena tahu jugak asas-asas atau bunga-bunga langkahnya. Barulah mudah bila nak petik buah atau hasil kelak.

Syukur Alhamdulillah...... Allah bukak bagi permudah jalan buatnya untuk dapatkan ilmu dan perjalan hidup bagi mepelajari setiap apa yang terjadi sepanjang perjalanan hidupnya. Ternyata hari ni dengan ilmu dan pengetahuan yang Allah beri pinjam kepadanya buat dia rasa bersyukur. Tak sekali dia berniat untuk memperdagangkan ilmu pinjamannya itu.

Dia sedaya upa cuba untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja baik di kalangan rakan-rakan yang baru, apatah lagi dengan rakan-rakannya yang dah lama berlari, duduk dan bangun bersama.

Adat manusia di dunia. Suka kepada yang cantik, pandai dan bijak. Bila mana ada yang punya sifat-sifat sedemikian akan ada yang sudi nak hulur tangan untuk berkenalan. Pasti ada yang berkira-kira untuk buat temujanji makan malam.

Asalkan dapat kenal siapa, dari mana dan tak lupa kepakaran yang ada. Itulah sifat kebanyakan individu hari ini. Bak kata pepatah, ada udang balik batu.

Kalau benarlah seperti di kata, takkan aman seperti yang dia impikan. Zaman jauh berubah. Segalanya hanya boleh dapat hanya dihujung jari. Manusia dah tak boleh nak buat penilaian lagi mana yang baik mana yang buruk. Manusia tak boleh nak bezakan mana yang benar dan mana yang fasik. Segalanya diserahkan kepada peralatan canggih dan hebat yang berteknologi tinggi untuk memutuskan apa yang patut dan apa yang tidak.

Kerana itu sebahagiannya tak tahu perasaan belas mahupun kasihan. Tak pandai untuk beradap atau bersopan. Masing-masing tak di ajar atau diberi peluang untuk memahami dan mendalami apatah lagi merasai sendiri bagaimana yang dikatankan sukar, sejauhmana pengertian gigih, sehebat mana yang dikatakan pengorbanan.

Dari pengalaman-pengalaman sedemikianlah kita tahu lahirnya manusia benar-benar menghargai kehidupan mereka sampai hari ini. Mereka ini tahu setia langkah yang di hayun, setiap nafas yang dihembus bukan hanya untuk tunggu dan dapatkan habuan. Harus ada impian, harus keyakinan, harus ada kemahuan untuk dapatkan setiap kejayaan mahupun kecermelangan. Sifat sedemikian dah tak penting agaknya. Tak lama nanti mungkin dah tak relevant lagi dipraktis, mungkin seperti nak dikuburkan, dilupakan, apatah lagi untuk dilihat terdapat dalam jatidiri masing-masing.

So Frustrated.....