Tuesday, July 23, 2013

Semua Sama Semua Serupa


Berhari-hari dia kumpulkan kekuatan untuk membina rangkaian cerita yang dia sendiri pun masih samar-samar kejadian yang sebenar. Ada waktu dia jadi rindu dengan persekitaran sekeliling macam dulu. Hari ini banyak sungguh perubahan yang tak selesa di buatnya.

Hari-hari semua bercakap pasal politik. Ada yang nak tunjukkan kehebatannya. Yang sana pulak menafikan segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan keatas mereka. Ada pulak yang suka nak serang sini sana. Tak kurang juga yang cuba nak ambik kesempatan atas apa yang terjadi. Yang pandai bermuka-muka dah tentulah cuba keluarkan macam-macam cerita.

Bingong, sedih, kecewa, keliru, dia pun tak tahu apa yang dia rasa. Eloknya kalau dia tak kenal mereka-mereka ini. Atau dia yang silap meletakkan dirinya dikalangan mereka ini. Entahlah, sampai hari ini pun dia tak mengerti apa sebenarnya yang dicari.

Kalau sebelum ni dia hanya tahu mak ayahnya adalah penyokong tegar UMNO, tapi hari ini sebilangan besar sudah maklum bahawa dia jugak seperti mereka, menyokong UMNO. Habis PRU13,  macam-macam yang yang dia dengar pasal UMNO. Baik yang positif mahupun yang negatif. Semuanya mereka kata UMNO itu ini. Salah pun UMNO, silap pun UMNO, tipu pun UMNO, rasuah pun UMNO, bak kata semuanya di campak pad UMNO.

Hujung sana merancang macam-macam nak pulihkan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO. Hujung sini pulak sibuk merangka itu dan ini untuk UMNO. Masing-masing bila dia renung, dia teliti, dia amati betul-betul, semua objektif untuk diri sendiri. Tak tahulah antara sedar ataupun tak, masing-masing sebenarnya merancang nak tunjuk kehebatan yang penuh dengan keegoan. Tak kurang juga yang nak dapatkan jawatan dan kuasa. Cabar mencabar dah tentulah, tak boleh nak nafikan. Bergaduh secara terang di media maya dah tak pelik dah.

Semakin lama kepercayaan dan keyakinan kepada pasukan kepimpinan juga dah mulai hilang. Banyak kesilapan yang disebut dan diperkatakan. Bukan lagi seperti sebelum ini. Satu persatu disebut, satu persatu dipersoalkan. Apa betulkah atau ianya sekadar tuduhan. Tapi bila dia fikirkan balik, dia teliti dengan akal yang waras, seperti ada yang tak kena. Kalau betul apa yang umum perkata, persoalkan, adakah sampai begitu sekali sepertinya sanggup menggadai maruah agama, maruah bangsa, demi kedudukan seorang pemimpin.

Entahlah.....semakin banyak dia fikirkan, semakin keliru dengan situasi kat depannya. Dia tak pernah korbankan masa, korbankan diri, berkejar ke sana sini, demi kerana bangsa dan agamanya.
Sudah cukup cukup sudah.......