Saturday, April 6, 2013

Cuma Nak Tanya.......

Malam tadi, terpanggil untuk menulis setelah agak lama jugak tak layan pena menari. Lokasinya bukan di muka buka, tapi di laman paparan umum yang tak ada sempadan pemisah. Mungkin jugak kerana beberapa hari kebelakangan ini aku banyak baca komen dan tulisan yang bersungguh-sungguh duk canang sana sini nak tukar kerajaan yang duk sedia ada ni.

Bukannya apa, cuma nak tanya. Terutama kepada individu yang bekerja di bawah taggungan kerajaan. Di mana setiap bulan mereka ni tunggu gaji dibayar. Kalau hujung tahun pulak, tak sabar nak dapatkan bonus. Bukak sekolah, berharap majikan akan bagi sikit saguhati untuk nak bayar yuran, buku sekolah anak-anak.
Kebanyakan mereka sanggup tunggu dan habiskan sampai tamat tempoh jawatan. Nak di katakan majikan tak jaga kebajikan, kebanyakkan semua Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian dah siap sediakan segalanya. Kemudahan tak payah nak ceritalah, memang jeles kalau dengar dek yang kerja sendiri atau bukan dibawah agensi-agensi kerajaan.

Apa sahaja yang terkini faedah atau keuntungan oleh kerajaan, yang dapat dulu bukannya individu tepi jalan yang jual pisang goreng atau nasi lemak, tapi mereka yang ada dalam Jabatan mahupun Kementerian, siap dengan hawa dingin.

Makin lama makin pelik bila kerajaan sediakan rumah murah mampu milik, kenapa ada jugak yang tak malu pegi memohon. Dapat kestimewaan pulak tu sekiranya sebelum ni mereka pernah berkhidmat dengan kerajaan. Kalau betul kerajaan yang sedia ada zalim, kemudahan yang sedia ada untuk siapa agaknya?
Terfikir jugak dalam kepala ni, kenapa majikan masih tak tamatkan saja khidmat jawatan mereka ini yang kita semua maklum menentang kepimpinan yang sedia ada. Tak cukup dengan mereka yang kerja, rupanya ada jugak yang bersara tapi baru nak tumbuh gigi. Canang itu ini, mendabik dada bercerita sana sini tentang ketidak adilan kerajaan kepada rakyat.

Banyak mana sangatlah yang tak adil kalau nak dibanding dengan mereka yang lupa diri. Kalau aku nak ulas panjang tujuh hari tujuh malam pun belum tentu lagi habis. Cuma sekadar melepaskan persoalan yang aku sendiri pun tahu, itu yang buat aku naik hairan.


- angrybird -