Tarikh keramat 18 January 2013, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur telah melihat penyatuan dua hati di mana selama ini kita sering melihat beliau memberi kenyataan baik di media elektronik mahu pun di media cetak. Ternyata segala apa yang berlaku selama ini tidak sedikit pun menghalang dari mereka ini untuk terus bersama bagi membina mahligai rumah tangga.
Tahniah diucapkan kepada Ummu Hafilda dan pasangan beliau Dr. Zaman Khan, semoga mahligai yang dibina ini akan bahagia ke hujung nyawa. Dengan perkahwinan ini juga semoga kehidupan Ummi yang sebelum ini setiasa di lemparkan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.
Majlis ini sangat bermakna kepada pasangan pengantin bila mana PM dan isteri turut sama-sama meraikan. Dalam pada itu kehadiran rakan-rakan artis dan juga keluarga disisi Ummi turut membuat beliau begitu teharu.
Dalam ucapan beliau masih lagi sempat berseloroh, kawin tetap kawin tetapi perjuangan tetap akan diteruskan. Beliau memberitahu untuk PRU akan nanti, beliau akan sama-sama membantu bagi memastikan BN menang.
Menyingkap kembali pertemuan yang bermula bila mana Ummi ke klinik Dr. Zaman untuk mendapatkan rawatan. Tanpa beliau sedari, beliau telah terkena panahan cinta suaminya. Daripada perkenalan pesakit dan doktor, setelah saling faham-memahami antara satusama lain, maka janji dimetrai untuk sama-sama melalui liku-liku kehidupan.
Tahniah kepada Ummi dan suami, kami doakan anda berdua bahagia sampai Jannah.
