Melayani orang2 lama yang berumur 50tahun ke atas memang menyeronokkan. Apatah lagi mendengar pengalaman perjuangan semasa mereka muda2 dulu. Aku sempat mendengar cerita dan juga mendapatkan resepi2 tersembunyi yang mana rupanya mereka ini begitu semangat nak bagi pada orang2 muda yang berminat nak tahu.
Oleh kerana aku tidak meletakkan syarat pada diri aku, jadi aku tak kira mereka ini berpihak kat belah mana. Kalau yang berpihak pada kerajaan, aku boleh dengar pujian dan penghargaan yang di beri pada kerajaan sehingga kini ada antara mereka dapat hidup selesa dengan melangsaikan segala hutang piutang agar tidak membebani anak2 dan cucu.
Bila mana ada yang tidak menyokong kerajaan, dah tentu aku dengar hujah mereka ni lebih menampakkan kerajaan penuh dengan penipuan. Bagi golongan ini, mereka merasakan diri terpinggir kerana tidak diberi perhatian terutama oleh wakil2 rakyat yang berpihak pada kerajaan. Bantuan dari parti mereka amat kurang. Sebaliknya mereka perlu keluarkan duit bayaran segala jenis perkhidmatan yang tidak mampu di beri subsidi oleh pucuk pimpinan mereka sendiri.
Bukan mudah untuk dapatkan resepi berharga dari kalangan yang berusia emas. Silap hari kalau tak kena dengan gaya pertanyaan, langsung tak dilayan. Walaubagaimana pun aku amat berbangga punya mereka begitu ikhlas dalam memperjuangkan bangsa dan tanah air.
Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

No comments:
Post a Comment