Tuesday, May 15, 2012

Bersatu Kalau Nak Menang


Seronok dapat sama-sama dan ramai-ramai dengan masyarakat Gombak dan sekitarnya. Apatah lagi yang datang tak lain dan tak bukan Naib Presiden UMNO sendiri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Banyak pesanan dan peringat beliau untuk masyarakat Gombak dan Selangor amnya. Dalam pada nak dapatkan semula dan untuk terus meneraju negeri tersebut, barisan kepimpina kena bersatu antara satu sama lain.

Punca kekalahan bukan sebab kita pembangkang kuat tetapi sebab kita sesama kita asyik dok sibuk bercakaran. Yang jadi mangsa adalah masyarakat sekeliling yang dok pandang langsung memberi definasi yang tak baik.

Hadir sama ialah YB Dato' Bung Mokhtar Radin, Dato' Radin Mokhtar Md Yusof dan beberapa nama kenamaan yang lain. Sebagai penutup DS Zahid Hamidi turut sama merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan UMNO Gombak yang bertempat di Laman Pengantin, Gombak


angrybird's BlackBerry®

1 comment:

  1. bersatu untuk menang ..berperang untuk kemusnahan dan kehancuran

    ReplyDelete