Thursday, May 24, 2012

Aku, Perjuangan & UMNO

Gara-gara UMNO lah wujudnya perkataan PERJUANGAN dalam diri ni. Yang aku faham Malaysia ni milik UMNO. Susun aturnya memang cantik adapun sebahagian yang tak menarik masih tak memudaratkan. Kena dengan cara dalam bertindak akan kelihatan cantik jugak akhirnya.

Dek kerana UMNO jugaklah aku terdedah dengan bermacam-macam pendedahan baru. Baik dari segi politik mahupun kemasyarakatan. Pelbagai acara dan majlis yang aku hadir atas undangan dan juga untuk sokong rakan-rakan yang turut sama berjuang.

Tiba-tiba aku dikabarkan UMNO terancam. Ada musuh yang cuba untuk menjatuhkan UMNO. Mereka cuba untuk mematikan UMNO. Terlintas difikiranku, aku dan keluarga sebahagian dari UMNO. UMNO terancam maknanya keluarga aku sedang diancam. Keluarga aku nak dimatikan. Mana mungkin aku boleh duduk berdiam.

Zaman berubah dek peredaran masa. Perang bukan lagi guna senapang. Pertahanan aku kena kuat. Perisai aku kena mantap. Sekarang zaman teknologi media. Serangan bukan lagi tembus ke badan. Serangan boleh buat mental jadi sawan.

Dalam pada aku persiapkan perisai dan perkukuh tembok pertahanan, tak ku sangka rakan seperjuangan seakan bukan nak pertahankan UMNO. Aku pelik dan jugak hairan. Musuh yang aku nampak yang perlu diperangi ialah yang sedang menentang UMNO dan yang nak matikan UMNO. Lain pulak cerita dan halnya dengan sebahagian rakanku yang berjuang.

Siapa sebenarnya yang nak mereka perang. Adakah sesama sendiri dikalangan rakan sahabat. Keliru aku dibuat oleh rakan yang ku kira sama-sama berjuang. Aku keliru bila hala tuju panah bukan menjunam ke arah pihak lawan, tapi ada yang menghala tepat ke muka aku sendiri.

Andaikata inilah yang dikatakan PERJUANGAN, ada baiknya aku biarkan saja panah itu tembus ke dadaku. Mungkin itulah yang diinginkan sebahagian dari mereka dan juga cara yang terbaik untuk aku tidak memudarat dalam pertahankan UMNO.


angrybird's BlackBerry®