Sunday, April 22, 2012

Lynas to Me

Selama hari ni aku banyak baca hasil tulisan pasal LYNAS. Bermacam macam persepsi dan definasi dari penulis yang aku dapat, sehinggalah aku dengar dari pihak Lynas sendiri.

Selama yang aku baca banyak yang bercerita tentang radiasi. Kesan daripada pembinaan, bercerita pasal bahaya jika kilang Lynas terus beroperasi. Merbahaya pada penduduk setempat khususnya penduduk di kawasan berdekatan kilang. Atas sebab itulah ramai yang bersama2 pembangkang mula menuntut agak Lynas tidak di benar beroperasi.

Ada tak mereka fikir, kalau Lynas beroperasi matawang luar akan mengalir masuk. Kesan positif kepada ekonomi negara. Malaysia pula dah boleh jadi negara pengeluar. Tak bagus ker? Peluang kerja pun dah tentu akan banyak. Bukankah ia akan membantu graduan2 yang dah belajar tinggi2 tapi tak ada kerja.

Memang kalau nak ditimbang, dibuat perbandingan atau kajian ada terdapat keburukannya tetapi sekiraya segala keuntungan, kebaikan dapat atasi segala keburukan kenapa masih lagi ada pihak yang pertikai dan membantah Lynas dari terus beroperasi. Kalau dulu masa pembinaan Putrajaya, pihak pembangkang cuba memanipulasi penduduk dengan pelbagai alasan. Pada mereka pembinaan Putrajaya membazir duit rakyat.

Cetek sungguh cara mereka ni berfikir. Kejam ker kerajaan nak benarkan kemasukkan projek2 yang boleh membunuh rakyat dan masyarakat setempat khasnya. Agaknya apa yang mereka fikir untuk hari ni jer, tapi tak der nak fikir untuk jangka masa yang panjang. Kesian pada yang mereka yang masih tak faham2 tapi berkobar2 bercakap macam dia tahu segala2 nya.





Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

1 comment:

  1. Mereka tak faham apa itu radioaktif secara asas,sebab itu ia di salahertikan..

    ReplyDelete