Majlis ilmu Ulamak bersama Penulis Maya memang memberi banyak manfaat. Baik dari pergaulan, dari perbincangan, penuh dengan informasi. Panel2 yang terdiri dari insan bijak pandai yang berjaya, memang rugi pada yang tak dapat bersama mereka mempunyai kepakaran dalam bidang masing2. Mereka berkongsi pendapat, informasi dan menjawab segala persoalan walaupun ada kalanya pada pendapat peribadi aku penyampaian mereka itu agak tersasar dari tujuan dan topik yang sepatutnya dibincangkan.
Bersama penulis maya memang amat teruja aku rasakan. Masakan tidak mereka semua bukan mudah untuk berkumpul bersama, bersembang sambil minum2. Selama ini aku hanya kenal mereka melalui tulisan yang aku baca dalam blog sahaja, tapi kali ni mereka ada kat depan mata. Bermacam2 pendapat dan cara tersendiri. Terpulang pada pembaca umtuk menilai hasil penulisan yang dipaparkan. Overal, you guys memang Besttttt.
Yang aku nak share kat catatan ajaib aku kali ni bukan pasal panel ulamak, bukan pasal penulis maya, tapi pasal mereka yang menunjukkan mentalili diri sendiri sangat rendah. Tak berfikir sebelum berkata. Suka menyampai berita dari hujung dunia ke hujung dunia. Gara2 aku ni ada yang kenal, langsung di panjangkan kepada kawan2 yang tak ada. Kalau ya pun nak sebar kat kawan nun kat hujung dunia, biarlah yang elok2, kan sedap bila tuan punya badan mangsa umpat bila dengar. Setakat cerita2 aku hadir ke majlis ilmu dengan tak bertudung, menunjukkan orang2 yang macam tu memang patut diberi lagi ilmu. Masih nampak kekurangan bila menyampai. Sayang aku tak sempat nak kenal mereka2 itu. Kalau aku berkesempatan hari tersebut, mungkin aku akan ajukan beberapa soalan.
Itulah aku dok pesan kat diri sendiri. Kalau agak2 rasa tak mendatang faedah, lebih baik diam dari bersuara. Takut nanti bila bersuara yang keluar bukan dari hari, tapi dari perasaan buruk sangka dan mentaliti yang tak berkualiti. Sama2 lah kita fikirkan ya....



No comments:
Post a Comment