Sunday, February 12, 2012

KITA JUMPA LAGI ....

Kata bidalan sepakat membawa berkat, bersatu teguh bercerai roboh. Yang susah kita tolong, yang sakit kita rawat. Atas kesedaran dan prihatin telah membawa kami semua ke Rumah Jalinan Kasih di Taman Megah, Cheras Kuala Lumpur.

Ni bukan pertama kali aku dan rakan pegi rumah anak anak kebajikan. Aku sangat teruja kalau dapat jumpa degan mereka semua. Maklumlah mereka kurang kasih sayang, bila kami datang sambil sambil bawak sedikit buah tangan sapa yang tak seronok. Aku pun tak sangka yang pengusaha rumah Jalinan Kasih ni rupanya kawan aku dulu. Memang aku pernah kenal dorang suami isteri ni. Rencana Dia siapa sangka, hari ni kami jumpa kat sini.

Ucapan berbanyak banyak terima kasih pada team sehelai baju. Tak lupa kekawan aku jugak dari wirawati. You all memang bermurah hati dapat luangkan masa datang sini. Kepada Kak Ella dan Abang Mat, tahniah kerana dah capai cita cita yang murni ni. Semoga Tuhan akan permudahkan segala urusan perjalanan hidup Kak Ella, Abang Mat dan penghuni rumah Jalinan Kasih. Tak janji, Insya'allah ada masa aku akan datang lagi.














Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

No comments:

Post a Comment